Rabu, 18 Desember 2013
Siswa Unisel PTPTN tak payah propaganda
|
Siswa berkenaan, ada antaranya yang bercadang untuk berhenti belajar kerana tidak mendapat pinjaman tersebut, hari ini berasa lega dan gembira dengan keputusan PTPTN untuk menarik balik pembekuan pinjaman tersebut.Pelajar daripada Fakulti Seni dan Rekaan yang mahu dikenali sebagai Edy berkata, beliau berasa tenang selepas mendapat tahu berita tersebut.
“Saya gembira. Tenang nak belajar. Tak payah fikir pasal masalah duit. Lepas ini (PTPTN) tak payah nak buat propaganda sangatlah. Kita pelajar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Katanya beliau bimbang kerana pembekuan pinjaman tersebut akan menjejaskan pelajarannya.
“Jangan nak libatkan pelajar dalam politik. Kami tak nak terlibat,” kata Edy, 18, yang sebelum ini merancang untuk berpindah ke institusi pengajian tinggi lain kerana bimbang tidak mendapat pinjaman.
Beliau mengulas keputusan PTPTN menarik balik pembekuan pinjamannya kepada siswa universiti berkenaan dan juga Kolej Universiti Islam Selangor.
Seorang lagi siswa Unisel, Bob, yang berasal daripada Johor berkata, beliau gembira dan bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang prihatin terhadap masalah yang mereka hadapi.
Siswa di Fakulti Komunikasi dan Media itu juga berpandangan bahawa isu seperti ini tidak wajar dipolitikkan.
“Alhamdulillah sebab mereka (PTPTN) masih boleh berfikir lagi. Tak patut politikan benda macam ini. Tapi saya gembira. Apa pun saya masih nak tunggu hitam putih daripada pihak Unisel dahulu,”
katanya.
Pandangan sama disuarakan Kabil, 19, yang berkata beliau dan rakan-rakan lain gembira dengan berita tersebut, walau Unisel masih belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.
“Saya sangat gembira dengan berita ini. Saya rasa semua pelajar berasa gembira sebab kami dapat membuat permohonan untuk membuat pinjaman dengan PTPTN.
“Terima kasih pada pihak menteri, Unisel dan semua pihak. Jangan risau, kami akan bayar balik pinjaman ini,” katanya lagi.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.
Khaled Nordin dalam laporan Utusan Online hari ini berkata tindakan menarik balik pembekuan pinjaman itu diambil ekoran "rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar."
Khaled memutuskan demikian susulan keputusan kerajaan Selangor untuk menggunakan hartanah seluas 500 ekar bagi membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar