Senin, 16 Desember 2013

Kerajaan Selangor agih 56 000 set hamper makanan untuk orang miskin


Kerajaan Negeri  telah mengagihkan 56 ribu set hamper barangan makanan kepada 56 Dun seluruh negeri Selangor untuk diagih-agihkan kepada masyarakat miskin dan berpendapatan rendah  sempena Hari Raya Aidilfitri.
Antara barangan set hamper tersebut ialah beras 5 kg, minyak masak 1 kg, gula 1 kg, mihun, paket ketupak dan minuman kordial.
EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr. Xavier Jayakumar telah meluangkan masa meninjau kerja-kerja pengagihan di Stor JKR Seksyen 17, Shah Alam semalam.
Ujarnya, Kerajaan Negeri komited untuk meringan bebanan kewangan golongan yang kurang bernasib baik bagi menyambut hari raya tidak berapa lama lagi. Tegasnya lagi Kerajaan Negeri membelanjakan RM2.3 juta bagi program ini bagi memastikan golongan ini juga dapat merasai dari hasil perolehan negeri.
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Pembantu Khas Kepada
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Short URL: http://www.keadilandaily.co

Tidak ada komentar:

Posting Komentar