Jumat, 27 Desember 2013

Naomi Campbell Cuma Minum Jus Selama 10 Hari


NAOMI Campbell mungkin kelihatan masih lincah dan memiliki potongan supermodel ketika melangkah di pentas peragaan sempena pertunjukan fesyen Atelier FW13 Couture oleh Versace baru-baru ini, tapi hakikatnya dia telah melakukan satu pengorbanan yang kedengaran tidak masuk akal.

Menurut Naomi, dia hanya minum jus semata-mata sebelum tarikh peragaan agar tubuhnya muat elok dengan jubah Versace yang disarung pada hari berkenaan.

Perkara ini terpaksa dilakukan apabila Naomi kembali ke pentas peragaan selepas lebih sedekat tidak muncul namun berazam untuk kelihatan sama seperti dahulu.

Akuinya, selama sepuluh hari dia hanya mengambil jus karot, nenas dan halia.

Bagaimanapun apabila mengingat kembali bagaimana respon penonton yang kelihatan kagum melihat dia sama seperti dahulu sebaik sahaja muncul, Naomi menyatakan semua itu berbaloi. – REM RAMZI


Sumber: Metro UK

Tidak ada komentar:

Posting Komentar