Minggu, 22 Desember 2013

Pemilik Gelanggang Futsal Disamun RM2 700


KUANTAN – Seorang pemilik gelanggang futsal disamun RM2,700 oleh tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan objek tajam di Kampung Tiram, Indera Mahkota di sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Suptritenden Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian jam 2.30 pagi itu mangsa dan isterinya, masing-masing berusia 50-an sedang berkemas untuk menutup gelanggang tersebut dan pulang ke rumah.

“Sedang mangsa bersiap-siap menutup premisnya, dia tiba-tiba didatangi tiga lelaki tidak dikenali sebelum mereka bertindak mengacukan satu objek tajam dipercayai besi panjang ke arahnya.

“Suspek kemudiannya mengambil sebuah telefon bimbit dan ipad milik mangsa selain wang tunai berjumlah RM2,700 sebelum melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun mangsa dan isterinya tidak dicederakan dan mereka membuat laporan polis sejurus kejadian.

Katanya, polis kini memburu kesemua suspek. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar