Kuala Lumpur: Seramai 260 kakitangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad di Jalan Kasturi, di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas sebuah bilik di bahagian bawah tanah bank itu musnah dalam kebakaran, semalam.
Dalam kejadian 8.15 pagi itu, seorang kakitangan bank berkenaan mengesan asap dari sebuah bilik di bahagian bawah tanah yang digunakan untuk penyimpanan dokumen sebelum asap mula memenuhi ruang lobi bank itu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.24 pagi sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Hang Tuah, Pudu dan Chow Kit dengan kekuatan 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran dipercayai bermula dari bilik penyimpanan berkenaan mengakibatkan 10 peratus dokumen pelanggan hangus terbakar.
“Kebakaran dipercayai bermula dari bilik penyimpanan berkenaan mengakibatkan 10 peratus dokumen pelanggan hangus terbakar.
ANGGOTA bomba menjalakan kerja di bangunan bank terbabit.
“Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal dalam masa 45 minit sebelum ia merebak ke aras lain tanpa sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.