Rabu, 01 Januari 2014
Pengedar Dadah Hidup Mewah Diberkas
IPOH – Seorang lelaki yang memiliki beberapa kenderaan mewah seperti Mercedes Benz Model CLS50, Honda Oydssey, serta rumah teres dengan keseluruhan bernilai lebih RM1.2 juta hasil penjualan dadah diberkas polis di sini, Sabtu lalu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid berkata, suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah di seluruh negeri ini sejak 10 bulan lalu.
“Kegiatan suspek dikesan selepas pihak polis menerima maklumat dan melakukan siasatan sebelum berjaya diberkas di sebuah rumah di Kampung Rapat di sini, jam 2.30 petang Sabtu lalu.
“Suspek dipercayai memproses serta menjual dadah dan mampu meraih pendapatan RM40,000 sebulan,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Turut dirampas wang tunai keseluruhan RM140,000 yang dipercayai hasil penjualan dadah berkenaan. - BH Online
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar